Thursday, 6 April 2017

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kepada semua pembaca blogku ini terima kawsih lah kerana sudi mengunjungi teratak yang tidak seberapa ini. Di sini saya nak kongsikan tempat makan yang baru-baru ini kami kunjungi iaitu di Hip Hop Cafe yang terletak di Luyang, kota kinabalu sabah. Mungkin ramai yang tidak tahu cafe ni memandangkan Cafe ni terletak di tingkat 1. Tapi percayala korang kalau mai sini memang tidak akan menyesal. Semua menu yang ada di sini memang sedap-sedap belaka dengan harga yang berpatutan pula tu.

Ni dia Hip Hop Cafe di tingkat 1


Ni dia menu yang kami pesan masa tu. Kalau korang nak nak rasa mai lar datang cini, ada banyak lagi menu dan western menu pun ada tau! hihi.

Ni pula salah satu air minuman yang kami pesan.



Sup cendawan

Haa! kalau korang nak tahu, sup cendawan ni just add on jer rm1.99. Sup cendawan kat sini memang pekat likat + sedap sangat tau! x caya meh cini singgah.




Ni dia menu macaroni beef bakar + cheese!

Macaroni beef bakar ni di penuhi dengan cheese yang tersangatlah nyaman bagi penggemar macaroni dan cheese. Uniknya macaroni ni dibakar sebelum dihidangkan kena pula dengan cheese yang membuatkan kelainan pada rasanya.



Yang ni haaa...dah lupa apa nama menu nie tapi memang sedapla dan puas hati makan tau!



Nasi goreng kosong ni cuma add on jer tau hanya RM2.00. Pada korang nak cuba jomla mai sini. Makanan di sini sangat puas hati dan sedap DAN paling penting kat sini "SERVE NO PORK" so semua boleh makan. Hihi..


Hokay, tu jerla buat masa ni yang sempat kita nak kongsikan pada pembaca blog yang sedang mencari citarasa baru tempat makan. Sudi2 singgahla ke Hip Hop Cafe ni yang beralamat di tingkat satu, Luyang. Atas Sushi King Luyang.
#akusukamakan
#HipHopCafe
#jalanjalancarimakan












Friday, 24 February 2017

RESEPI SUP IKAN




SUP KEPALA IKAN MERAH








Pagi-pagi waktu cuti hujung minggu ni tengah fikir nak masak apa untuk lauk tengahari nanti.. Haaa, sup ikan. Akak nie xderlar terror sangat tapi setakat masak untuk anak beranak sekeluarga tu kira lauk tu habis jugala. Tapi alhamdulilah anak-anak suka sangat makan sup ikan ni sampai anak-anak nak minta masak lagi. Hihi.. Resepi ni dah lama dari arwah ibu akak lagi cuma akak ni bukan selalu masak sup ikan ni. Kalau teringin nak makan haa barulah akak masak lagipun nak cari ikan segar yang sesuai untuk masak sup ni kat tempat akak susah nak dapat sebenarnya. Ni pun kebetulan 2 hari lepas haritu hubby yang belikan ketika balik dari outsation pagi. 


Okayla, akak xnak coret lebih-lebih nanti korang kata kak ni merapu rapu la pula kan.. Hehe..Berikut adalah cara penyediaannya dan bahan-bahan yang hendak di gunakan. Korang boleh ler tambah-tambah mengikut citarasa masing-masing kan tidak semestinya korang nak ikut 100% resepi akak ni tapi kalau nak cuba boleh, Sila Sila....Hehehe.


Bahan-Bahan A

* 1 Ekor ikan merah (saiz sederhana besar) akak guna ikan merah.
* 1 Bungkus sup bunjut
* 3 Cawan air
* 1 sudu teh lada hitam ( di tumbuk)
* 2 Tangkai daun sup ( dipotong pendek)
* 2 Tangkai daun bawang (dipotong pendek)
* Garam secukup rasa.
* 1 sudu makan minyak masak

Bahan-Bahan B (Hiris)

* 3 biji bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 2 inci Halia


Cara Memasak

1. Bersihkan ikan dan tuskan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga wangi
3. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam dan biarkan mendidih.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Sedia untuk dihidangkan.


Haa dah siap, kalau korang nak cuba resepi ni sila la yer...Selamat mencuba. Hehe..

Sambil tu bolehlah layan sekejap video little princes ni. Hihi.. #jangansentap












Monday, 20 February 2017

RESEPI SNOW CHEESE KEK


RESEPI SNOW CHEESE KEK





Yummy2, ni kek kesukaan anak-anak ni. Selalunya bila kak ambil tempahan, kak mesti buat kek extra.. Kalau x memang kena buat semula la tempahan orang..haha..Tak per janji anak-anak happy.  :)

Okeyla, akak nak kongsikan sedikit cara-cara nak buat Cheese Kek Meleleh nie..


RESEPI SNOW CHEESE KEK / CHEESE LELEH
Oleh: Nisa Kitchen


BAHAN-BAHAN:


Untuk Kek:

: 100 Gram tepung gandum*
: 60 Gram tepung Jagung*
: 1 sudu kecil baking powder@serbuk penaik
: 1 sudu besar Ovalette
: 100 Gram gula kastor
: 4 Biji Telur ayam (xkisahla ayam kg atau x tapi kak selalu guna telur yang dah siap dijual di pasaraya)
: 2 Biji Kuning Telur
: 50 Ml air sejuk (air sejuk dari peti sejuk)
: 75 Gram Mentega cair


Untuk Krimnya:

: 250 Gram Cheese Cream (akak selalu guna philadelphia)
: 120 Gram susu pekat manis
: 50 ml UHT Whipping Cream (xder nie kek xleleh)

Cara:

Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan putar sehingga tidak berketul-ketul. Jangan risau kalau adunan cair sebab ia memang cair. Hihi..


Bahagian Toppingnya:
: 250 Gram kraft cheddar Cheese (Parutkan)

Cara Caranya:
1. Satukan dan ayak bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi putih dan pekat. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah di alas dengan kertas minyak atau pun dengan menyapu sedikit butter.
4. Bakar adunan tadi dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 45 minit ke 1 jam. 
5. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Kemudian potong kek di bahagian tengah agar kek menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim Cheese di atas separuh kek tadi kemudiannya letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lagi lebihan Krim cheese tadi sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese yang telah di parut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.
9. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais atau chiller  selama 1-2 jam sebelum dipotong untuk di hidangkan.






Sunday, 19 February 2017

JOM!! KOTA KINABALU SABAH APA YANG MENARIK


JOM!! KITA ZASSS APA YANG MENARIK 
DI KOTA KINABALU SABAH




Jomm kita selongkar sedikit apa sebenarnya yang ada di Kota Kinabalu ini yang mana ia sering di perkatakan orang seluruh dunia tidak kira kaum dan had umur. 

Korang tahu tak Kota Kinabalu adalah ibu negeri kepada negeri Sabah, dibawah bayu yang mana terletak di dalam Malaysia. Kota KInabalu juga merupakan bandar yang terbesar di negeri Sabah. Sehingga ke hari ini pembangunannya semakin meluas dan ini membuatkan bandar Kota Kinabalu menjadi lebih besar dan telah melampaui sempadan bandar sebelah selatan sehingga ke daerah Penampang dan Putatan. Manakala sebahagian kecilnya berkembang ke daerah Papar yang terletak di Selatan dan di utara di Tuaran.

Ini termasukla shopping mall yang semakin banyak di bina di sini. Pastinya anda tidak berasa jemu apabila sampai di sini kerana banyak sangat tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sini ini termasukla pulau-pulau dan gunung Kinabalu yang begitu popular sehingga kini.

Kota Kinabalu terletak di bahagian Pantai Barat Sabah (di barat laut Borneo) bertentangan dengan Laut China Selatan. Terdapat ruangan di antara laut dan juga Banjaran Crocker di sepanjang pantai barat Sabah. Pembangunan itu juga tertumpu di sepanjang pantai  ke arah utara dan juga selatan Kota Kinabalu.


Pasar Filipin

Ini dia pasar yang begitu popular sekali di kota kinabalu ni. Sesiapa sahaja yang datang ke KK mesti singgah di pasar ni. Terdapat bermacam-macam jualan di dalam pasar ni. Jom kita tengok.

Ini adalah di antara makanan laut yang telah siap di bakar. Sedapp ni..Hahaha kawal nafsu makan tu..
Ssslllluurrrppp...
Seafood Bakar



Yang ni amplang, ni semua diperbuat daripada isi-isi ikan laut termasuklah isi ketam, isi udang dan isi ikan. Harga dari RM5.00 ke atas.
Yang kat bawah tu kuih cincin. Harganya bermula RM2.00 dan ke atas.

Amplang dan Kuih Cincin



Yang ni mutiara namanya. Harga boleh sampai ratusan ribu ringgit.

Mutiara 



Ni dia akak ni tengah mempromote mutiara-mutiara yang ada di sini.

Pelbagai Mutiara dan lain-lain kraftangan



Yang ni pula bahagian Ikan Kering. Kat sini semua jenis ikan kering ada di jual, termasukla udang kering, ikan bilis kering dan ikan masin mengikut gred dan saiz.

Kat pasar filipin ni korang boleh tawar harga tapi jangan la tawar harga sampai murah sangat, confirm xdapat ler..Hihik..



PASAR BESAR KK

Yang ni pula pasar besar Kota Kinabalu terletak bersebelahan dengan pasar filipin. Dalam pasar ni semua jenis barangan masak ada dijual termasukla sayur, buah, ikan, daging dan macam-macam lagilah. Atas tu gerai2 makan dan juga sebelahnya jual pakaian dan ada perkhidmatan menjahit baju.

Pasar Besar KK


TEMPAT PENGINAPAN


Terdapat banyak tempat-tempat penginapan di bandar kota kinabalu ini dan salah satunya adalah Hotel Le Meridean. Hotel Le Meridean nie terletak betul-betul berhadapan dengan pasar filipin. Harga hotel ni bermula dari RM 400++ dan ke atas. Harganya boleh tahan juga maklumlah hotel ni terletak di tengah-tengah bandar kk. Senang nak shopping tak perlu naik teksi. Kena senaman sikit..Hihihi...


Hotel Le Meridean



Centre Point Sabah

Centre Point adalah salah satu Shopping Mall yang terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridean dan Pasar Filipin.


Centre Point Sabah





Gaya Street


Tamu Gaya Street biasanya di buka setiap hujung minggu seawal jam 6 pagi. Ia terletak di sepanjang jalan Gaya Street Kota Kinabalu. Bermacam-macam barangan yang ada di jual di sini.  Kalau nak tahu singgah la sini. Hihi..




Tamu Gaya Street



Pemandangan 

Di sini ramai orang termasuk pelancong asing yang tidak putus-putus singgah di kawasan ini untuk bersantai bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Kawasan ini terletak di belakang Hotel Hyaat Regency Kota Kinabalu. Orang yang datang melawat kawasan ini biasanya duduk mengambil gambar sambil mengamati ketenangan air laut. Tidak jauh dari tempat ini terdapat gerai-gerai makan yang mana ia di buka sehingga tengah malam.





Muzium Sabah

Muzium sabah terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama Kota Kinabalu. Terdapat banyak galery yang menempatkan tentang tamadun islam, arkeologi dan sejarah yang kebanyakannya menceritakan tentang Sabah. Nak tahu datanglah sendiri ke Muzium Sabah. 




Masjid Bandaraya Kota KInabalu

Masjid ini dibina atas cadangan dan cetusan ilham daripada Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, yang di -Pertua Negeri Sabah yang ke-7. Pada asalnya tapak Masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisir air laut Kampung Likas. Ia mempunyai tapak seluas 14.83 ekar. Ramai yang menamakan Masjid Bandaraya ini sebagai Masjid Terapung.







Maka dengan itu sekian dari saya.. hehe















Wednesday, 8 February 2017

KEUNIKAN PULAU MANUKAN SABAH








KEINDAHAN PULAU MANUKAN, SABAH


Pulau manukan atau Manukan Island adalah pulau yang begitu popular dan ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di Negeri Sabah. Pulau Manukan adalah pulau yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan ianya telah diiktiraf sebagai taman laut negara.

Pulau Manukan juga adalah di antara salah satu daripada 5 buah pulau yang termasuk di dalam Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia. Antara pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Tunku Abdul Rahman adalah pulau sapi, Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Di pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang begitu maju yang mana terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, pusat menyelam dan beberapa restoran.

Di pulau ini juga terdapat tempat-tempat rekreasi termasuk padang bola sepak, kolam renang, sepak takraw dan bola tampar. Terdapat juga infrastruktur di mana terdapat sistem pembentungan yang tersusun, kemudahan sokongan air yang bersih, kemudahan elektrik, penyahgaraman tumbuhan serta telefon awam yang mana menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga diliputi oleh tumbuh-tumbuhan yang tebal serta disediakan juga laluan mendaki.





Jesselton Point, Kota Kinabalu terletak di bandar Kota Kinabalu ini adalah tempat di mana terdapat tiket-tiket untuk dijual sebelum sampai ke destinasi pulau-pulau yang berada di Taman Tunku Abdul Rahman termasuklah Pulau Manukan. Perjalanan untuk sampai ke pulau Manukan @Manukan Island mengambil masa selama 30 minit ke 1 jam pergi dan balik. Ini bergantung kepada keadaan cuaca pada masa itu.

Harga Tiket untuk sampai ke destinasi pulau adalah berlainan di setiap kaunter. Antara salah satunya adalah seperti berikut:

Dewasa: Antara RM22 dan RM30.50
Kanak-Kanak: Antara RM18.50
Kanak-Kanak: 2 Tahun Ke bawah  (Percuma)

Bayaran untuk Terminal @ Jeti Fee
Dewasa: RM 7.83
Kanak-Kanak: RM3.85

*Harga untuk Terminal Fee tidak termasuk harga tiket.





Penginapan Pulau Manukan
Harga bermula dari RM 1,045.00 sehingga RM 1,899.00
Boleh rujuk di sini: suterasanctuarylodge@com.my
Perubahan harga dari masa ke semasa.


                                                                (Penginapan A)





(Bilik Tidur)


(Ruang Rehat)


(Bilik Mandi)


(Penginapan B)


(Ruang Rehat)


(Bilik Tidur)



(BBQ)


(Kolam Renang)


(Pemandangan pada waktu senja)


(Pemandangan Senja)


(Beginilah keadaan waktu malam)
























RESEPI AYAM PANGGANG DAN SALAD KENTANG BARU



RESEPI AYAM PANGGANG DAN KENTANG BARU




                                 


Bahan-Bahan:

900 gram @ 1 ekor ayam panggang
500 gram Kentang
150 gram yogurt rendah lemak
1 sudu besar madu 
225 gram daun salad
Sedikit daun tarragon (* jika suka)
4 biji lada besar merah di hiris (siap di panggang)



Cara-Cara:

1. Rebus atau kukus kentang selama 15 minit ke 20 minit dan sejukkan ke dalam air sejuk dengan cepat apabila siap merebus.

2. Sementara itu, carik-carikkan isi ayam atau jadikan isi ayam di dalam ketulan kecil-kecil.

3. Campurkan yogurt dengan madu dan juga tarragon serta perasakan secukup rasa.

4. Masukkan ayam yang telah di jadikan ketulan kecil-kecil tadi bersama dengan lada besar,  daun salad dan kentang ke dalam mangkuk besar dan sebatikan. Sedia untuk di hidang.



                                                                  (Daun Tarragon)






Saturday, 4 February 2017


TRAGEDI BUKIT BENDERA






Mungkin ramai yang telah tahu kisah di sebalik kawasan Bukit Bendera yang mana ia terletak di Kota Kinabalu Sabah. Selain daripada kisah-kisah mistikia juga menjadi tempat para pengunjung yang datang samada dari sekitar Kota Kinabalu mahupun luar dari kawasan Kota Kinabalu.

Cerita ini bukanla rekaan semata-mata tetapi ini adalah pengalaman saya dan juga saya percaya bukan saya seorang saja yang mempunyai pengalaman yang aneh ketika melalui atau berada di kawasan sekitarnya. Tujuan saya membuat blog ini bukanlah untuk mengaibkan atau pun menakutkan mana-mana pihak tapi ini sekadar pengalaman yang saya nak kongsi dengan para pembaca blog ini dan ia terpulang kepada kepercayaan masing-masing kerana ini hanya satu perkongsian sahaja.

Sebenarnya kejadian ini sudah berlaku beberapa minggu yang lepas dan oleh kerana saya tidak begitu berkesempatan untuk membuka blog saya ni dan kebetulan pula hari ini kurang sibuk memandangkan semua order sudah di hantar awal. 

Okla di pendekkan cerita. Kisah ini berlaku pada waktu malam iaitu malam hari Selasa. Ketika itu jam 7.30 malam, saya dan anak-anak dalam perjalanan balik ke rumah yang terletak di inanam selepas berkunjung ke rumah ayah di situ. Kebiasaanya kami akan datang melawat ayah pada setiap hujung minggu pada waktu siang akan tetapi kebetulan pada haritu ayah telefon pada waktu petang minta kami datang d rumahnya kerana ada sesuatu yang hendak di bincangkan katanya. Kebetulan pula saya masa itu tengah kerja dan tidak dapat mengambil cuti 'emergency' kerana tidak ada pekerja lain yang dapat menggantikan tempat saya memandangkan waktu itu hanya saya dan seorang lagi pekerja bertugas kerana yang lain masih bercuti. Tapi saya nekad pergi ke rumah ayah selepas balik dari waktu bekerja. Setelah mengambil anak-anak pulang daripada sekolah, kami terus pergi ke rumah ayah dan setibanya kami di situ jam sudah menunjukkan 6.40 petang. Kami hanya berbincang sekejap dengan ayah dan terpaksa kelam-kabut nak balik rumah kerana saya nak siapkan order/pesanan lain lagi selepas itu. 

Ketika dalam perjalanan balik selang beberapa kilometer dari rumah ayah, kereta yang saya bawa tiba-tiba terasa terlalu berat sehinggakan engin kereta hampir mati bila berada di penghujung bukit, pada mulanya saya tidak terfikir perkara lain dan cuba untuk menukar gear kepada gear yang rendah dan keadaan masih sama dan terasa seperti kereta yang saya pandu seakan-akan membawa muatan yang sangat banyak dan menjadikan kereta terasa sangat berat. Saya kemudiannya cuba untuk menukar gear kepada gear rendah untuk mengundurkan kereta secara perlahan-lahan sehingga ke bawah iaitu jalan rata. Ketika itu saya cuba memandang kepada cermin belakang untuk melihat cahaya lampu undur cahaya brek memandangkan keadaan di situ pada waktu itu gelap. Tapi apa yang peliknya, saya tidak dapat melihat apa-apa cahaya dari brek belakang saya dan cahaya undur pada kereta saya biarpun sedikit. Ia terlalu gelap dan saya hampir memasuki curam bukit. Saya terpaksa membuka cermin kereta saya untuk memandang ke belakang sambil mengundurkan kereta dan saya terkejut apabila saya melihat kereta saya hanya beberapa meter saja akan melanggar penghadang jalan yang menghadap bukit. Saya hampir meminta anak saya untuk keluar untuk memberi signal bila undurkan kereta tapi niat saya itu tidak kesampaian kerana saya berfikir kembali perkara sebaliknya.
Hati saya sudah terdetik ada benda yang sedang mengganggu perjalanan kami. Saya kemudian mengambil telefon bimbit saya dan cuba untuk memasang ayat kursi yang ada di dalam telefon bimbit saya. Peliknya lagi, smartphone yang saya sedang pegang itu tiba-tiba 'hang' dan kemudian skrin sentuh mula bertukar warna keputihan. Saya nak call ayah pun tidak dapat. Aik peliknya, saya kemudian membaca apa saja yang saya tahu dan yang terlintas di fikiran. Lama jugala saya perlahan-lahan mengundurkan kereta sampai ke bawah kerana jalan tersebut sempit dan bengkok. Apabila sampai sahaja di jalan bawah yang rata, saya mula pecut kereta saya agar ia tidak berulang. Sepanjang perjalanan saya masih lagi membaca ayat-ayat yang mana saya tahu tu dan sambil berdoa kepada Allah agar melindungi kami sekeluarga dan selamatkan perjalanan kami. Sepanjang perjalan itu juga saya seringkali merasakan seperti ada helaian rambut sedang bermain di tengkuk saya. Saya cuba menggosok dan mengalihkannya tapi tidak ada pun saya tersentuh helaian rambut tersebut. Ia berlaku lagi dalam 2-3 kali sepanjang perjalanan balik kami. Maksud saya helaian rambut tu. 

Sepanjang perjalan tu saya terfikir apa punca dan kenapa bend sebegitu terjadi. Rupanya ketika sebelum kami sampai ke bukit tu di mana tempat kereta kami terasa seakan-akan berat, kami ada melalui satu rumah yang sememangnya ada penghuni tapi peliknya penghuni rumah tersebut tidak kelihatan. Cuma lampu di luar rumah dan beranda saja yang berpasang. Sewaktu kami lalu di kawasan rumah tersebut, saya ada terlihat seperti kelibat seseorang sedang berdiri membelakangkan kami dengan baju putih dan seluar jeans di tepi pagar rumah tersebut. Tapi saya cuma diamkan saja kerana saya fikir ia mungkin ada kayu yang sengaja di letak kain putih kerana pada saya mustahila la penghuni rumah tu keluar nak buang air kat kawasan pagar sedangkan keadaan rumah dan kawasan tu tersangatla sunyi. Rupanya bukan saya seorang saja yang perasaan lembaga tu, anak perempuan saya pun perasan jadi dia pun tidak sangka benda tu adalah makhluk halus kerana waktu itu baru menunjukkan 7.30 malam. Anak saya terlepas cakap dengan saya sambil berkata " eh ada orang la" dan saya pun terus mengiyakannya dan saya pun memberitahu yang saya pun ternampak tapi saya memberitahu anak saya mungkin tu kayu. Lepas tu anak saya pun mengiyakan kata-kata saya itu. Kerana kami terlepas cakap bak kata orang tua-tua kalau jalan waktu malam dan ternampak apa-apa atau terjumpa apa-apa jangan di tegur atau berhenti. Lepas tu benda tu mengikuti kami dan oleh sebab itulah kereta yang saya pandu terasa begitu berat. 

Peliknya rumah-rumah kat kawasan situ jam 7.30 dah mula sunyi (agakya dah tidur kot) serius sangat sunyi seperti tengah malam. Tidak ada ternampak pun penghuni rumah yang keluar masuk rumah atau pun pintu rumah masih berbuka atau pun bunyi tv atau radio sedang berpasang. Dan biasanya apabila kami melalui jalan tersebut terdapat banyak anjing-anjing yang berkeliaran di situ sedang tidur di atas jalan tapi pada malam itu 1 ekor anjing pun tidak kelihatan sedangkan anjing-anjing tersebut kelihatan ada di kawasan tersebut sewaktu kami dalam perjalanan pergi ke rumah ayah dan biasanya anjing tersebut masih ada ketika kami dalam perjalanan balik dari rumah ayah cuma malam tu pelik sangat.

Apabila sampai di rumah saya mula melihat telefon saya dan cuba untuk menelefon ayah untuk memberitahu hal yang terjadi ke atas kami tadi. Ayah berkata kawasan tersebut sememang biasanya ada makhluk-makhluk begitu. Ayah juga sempat bertanya jika saya masih ada menyimpan air yang di berikannya tempoh hari. Saya kata ada so ayah minta saya renjiskan di seluruh rumah, di luar rumah, kawasan luar dan dalam kereta. Saya sekali lagi terkejut apabila ketika saya sedang merenjis-renjis air tersebut di sekitar kawasan rumah dan kereta saya tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat iaitu bunyi seperti ada sesuati yang sedang melanggar pintu gate depan rumah. Apabila saya memberitahu ayah dia berkata rupanya makhluk halus tersebut telah mengikuti kami balik sampai ke rumah dan akibat daripada renjisan air tersebut makhluk tersebut telah keluar dari kawasan rumah kami sebab tu terdengar seperti sesuatu sedang melnaggar pintu gate kami. 

Semenjak dari hari itu, kami tidak lagi berani untuk sampai ke rumah ayah pada waktu malam dan saya akan ke rumah ayah pada siang hari dan tidak akan balik malam lagi. Syukur kepada Allah kami semua terselamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.