Pagi-pagi waktu cuti hujung minggu ni tengah fikir nak masak apa untuk lauk tengahari nanti.. Haaa, sup ikan. Akak nie xderlar terror sangat tapi setakat masak untuk anak beranak sekeluarga tu kira lauk tu habis jugala. Tapi alhamdulilah anak-anak suka sangat makan sup ikan ni sampai anak-anak nak minta masak lagi. Hihi.. Resepi ni dah lama dari arwah ibu akak lagi cuma akak ni bukan selalu masak sup ikan ni. Kalau teringin nak makan haa barulah akak masak lagipun nak cari ikan segar yang sesuai untuk masak sup ni kat tempat akak susah nak dapat sebenarnya. Ni pun kebetulan 2 hari lepas haritu hubby yang belikan ketika balik dari outsation pagi.
Okayla, akak xnak coret lebih-lebih nanti korang kata kak ni merapu rapu la pula kan.. Hehe..Berikut adalah cara penyediaannya dan bahan-bahan yang hendak di gunakan. Korang boleh ler tambah-tambah mengikut citarasa masing-masing kan tidak semestinya korang nak ikut 100% resepi akak ni tapi kalau nak cuba boleh, Sila Sila....Hehehe.
Bahan-Bahan A
* 1 Ekor ikan merah (saiz sederhana besar) akak guna ikan merah.
* 1 Bungkus sup bunjut
* 3 Cawan air
* 1 sudu teh lada hitam ( di tumbuk)
* 2 Tangkai daun sup ( dipotong pendek)
* 2 Tangkai daun bawang (dipotong pendek)
* Garam secukup rasa.
* 1 sudu makan minyak masak
Bahan-Bahan B (Hiris)
* 3 biji bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 2 inci Halia
Cara Memasak
1. Bersihkan ikan dan tuskan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga wangi
3. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam dan biarkan mendidih.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Haa dah siap, kalau korang nak cuba resepi ni sila la yer...Selamat mencuba. Hehe..
Sambil tu bolehlah layan sekejap video little princes ni. Hihi.. #jangansentap
No comments:
Post a Comment