Saturday, 4 February 2017


TRAGEDI BUKIT BENDERA






Mungkin ramai yang telah tahu kisah di sebalik kawasan Bukit Bendera yang mana ia terletak di Kota Kinabalu Sabah. Selain daripada kisah-kisah mistikia juga menjadi tempat para pengunjung yang datang samada dari sekitar Kota Kinabalu mahupun luar dari kawasan Kota Kinabalu.

Cerita ini bukanla rekaan semata-mata tetapi ini adalah pengalaman saya dan juga saya percaya bukan saya seorang saja yang mempunyai pengalaman yang aneh ketika melalui atau berada di kawasan sekitarnya. Tujuan saya membuat blog ini bukanlah untuk mengaibkan atau pun menakutkan mana-mana pihak tapi ini sekadar pengalaman yang saya nak kongsi dengan para pembaca blog ini dan ia terpulang kepada kepercayaan masing-masing kerana ini hanya satu perkongsian sahaja.

Sebenarnya kejadian ini sudah berlaku beberapa minggu yang lepas dan oleh kerana saya tidak begitu berkesempatan untuk membuka blog saya ni dan kebetulan pula hari ini kurang sibuk memandangkan semua order sudah di hantar awal. 

Okla di pendekkan cerita. Kisah ini berlaku pada waktu malam iaitu malam hari Selasa. Ketika itu jam 7.30 malam, saya dan anak-anak dalam perjalanan balik ke rumah yang terletak di inanam selepas berkunjung ke rumah ayah di situ. Kebiasaanya kami akan datang melawat ayah pada setiap hujung minggu pada waktu siang akan tetapi kebetulan pada haritu ayah telefon pada waktu petang minta kami datang d rumahnya kerana ada sesuatu yang hendak di bincangkan katanya. Kebetulan pula saya masa itu tengah kerja dan tidak dapat mengambil cuti 'emergency' kerana tidak ada pekerja lain yang dapat menggantikan tempat saya memandangkan waktu itu hanya saya dan seorang lagi pekerja bertugas kerana yang lain masih bercuti. Tapi saya nekad pergi ke rumah ayah selepas balik dari waktu bekerja. Setelah mengambil anak-anak pulang daripada sekolah, kami terus pergi ke rumah ayah dan setibanya kami di situ jam sudah menunjukkan 6.40 petang. Kami hanya berbincang sekejap dengan ayah dan terpaksa kelam-kabut nak balik rumah kerana saya nak siapkan order/pesanan lain lagi selepas itu. 

Ketika dalam perjalanan balik selang beberapa kilometer dari rumah ayah, kereta yang saya bawa tiba-tiba terasa terlalu berat sehinggakan engin kereta hampir mati bila berada di penghujung bukit, pada mulanya saya tidak terfikir perkara lain dan cuba untuk menukar gear kepada gear yang rendah dan keadaan masih sama dan terasa seperti kereta yang saya pandu seakan-akan membawa muatan yang sangat banyak dan menjadikan kereta terasa sangat berat. Saya kemudiannya cuba untuk menukar gear kepada gear rendah untuk mengundurkan kereta secara perlahan-lahan sehingga ke bawah iaitu jalan rata. Ketika itu saya cuba memandang kepada cermin belakang untuk melihat cahaya lampu undur cahaya brek memandangkan keadaan di situ pada waktu itu gelap. Tapi apa yang peliknya, saya tidak dapat melihat apa-apa cahaya dari brek belakang saya dan cahaya undur pada kereta saya biarpun sedikit. Ia terlalu gelap dan saya hampir memasuki curam bukit. Saya terpaksa membuka cermin kereta saya untuk memandang ke belakang sambil mengundurkan kereta dan saya terkejut apabila saya melihat kereta saya hanya beberapa meter saja akan melanggar penghadang jalan yang menghadap bukit. Saya hampir meminta anak saya untuk keluar untuk memberi signal bila undurkan kereta tapi niat saya itu tidak kesampaian kerana saya berfikir kembali perkara sebaliknya.
Hati saya sudah terdetik ada benda yang sedang mengganggu perjalanan kami. Saya kemudian mengambil telefon bimbit saya dan cuba untuk memasang ayat kursi yang ada di dalam telefon bimbit saya. Peliknya lagi, smartphone yang saya sedang pegang itu tiba-tiba 'hang' dan kemudian skrin sentuh mula bertukar warna keputihan. Saya nak call ayah pun tidak dapat. Aik peliknya, saya kemudian membaca apa saja yang saya tahu dan yang terlintas di fikiran. Lama jugala saya perlahan-lahan mengundurkan kereta sampai ke bawah kerana jalan tersebut sempit dan bengkok. Apabila sampai sahaja di jalan bawah yang rata, saya mula pecut kereta saya agar ia tidak berulang. Sepanjang perjalanan saya masih lagi membaca ayat-ayat yang mana saya tahu tu dan sambil berdoa kepada Allah agar melindungi kami sekeluarga dan selamatkan perjalanan kami. Sepanjang perjalan itu juga saya seringkali merasakan seperti ada helaian rambut sedang bermain di tengkuk saya. Saya cuba menggosok dan mengalihkannya tapi tidak ada pun saya tersentuh helaian rambut tersebut. Ia berlaku lagi dalam 2-3 kali sepanjang perjalanan balik kami. Maksud saya helaian rambut tu. 

Sepanjang perjalan tu saya terfikir apa punca dan kenapa bend sebegitu terjadi. Rupanya ketika sebelum kami sampai ke bukit tu di mana tempat kereta kami terasa seakan-akan berat, kami ada melalui satu rumah yang sememangnya ada penghuni tapi peliknya penghuni rumah tersebut tidak kelihatan. Cuma lampu di luar rumah dan beranda saja yang berpasang. Sewaktu kami lalu di kawasan rumah tersebut, saya ada terlihat seperti kelibat seseorang sedang berdiri membelakangkan kami dengan baju putih dan seluar jeans di tepi pagar rumah tersebut. Tapi saya cuma diamkan saja kerana saya fikir ia mungkin ada kayu yang sengaja di letak kain putih kerana pada saya mustahila la penghuni rumah tu keluar nak buang air kat kawasan pagar sedangkan keadaan rumah dan kawasan tu tersangatla sunyi. Rupanya bukan saya seorang saja yang perasaan lembaga tu, anak perempuan saya pun perasan jadi dia pun tidak sangka benda tu adalah makhluk halus kerana waktu itu baru menunjukkan 7.30 malam. Anak saya terlepas cakap dengan saya sambil berkata " eh ada orang la" dan saya pun terus mengiyakannya dan saya pun memberitahu yang saya pun ternampak tapi saya memberitahu anak saya mungkin tu kayu. Lepas tu anak saya pun mengiyakan kata-kata saya itu. Kerana kami terlepas cakap bak kata orang tua-tua kalau jalan waktu malam dan ternampak apa-apa atau terjumpa apa-apa jangan di tegur atau berhenti. Lepas tu benda tu mengikuti kami dan oleh sebab itulah kereta yang saya pandu terasa begitu berat. 

Peliknya rumah-rumah kat kawasan situ jam 7.30 dah mula sunyi (agakya dah tidur kot) serius sangat sunyi seperti tengah malam. Tidak ada ternampak pun penghuni rumah yang keluar masuk rumah atau pun pintu rumah masih berbuka atau pun bunyi tv atau radio sedang berpasang. Dan biasanya apabila kami melalui jalan tersebut terdapat banyak anjing-anjing yang berkeliaran di situ sedang tidur di atas jalan tapi pada malam itu 1 ekor anjing pun tidak kelihatan sedangkan anjing-anjing tersebut kelihatan ada di kawasan tersebut sewaktu kami dalam perjalanan pergi ke rumah ayah dan biasanya anjing tersebut masih ada ketika kami dalam perjalanan balik dari rumah ayah cuma malam tu pelik sangat.

Apabila sampai di rumah saya mula melihat telefon saya dan cuba untuk menelefon ayah untuk memberitahu hal yang terjadi ke atas kami tadi. Ayah berkata kawasan tersebut sememang biasanya ada makhluk-makhluk begitu. Ayah juga sempat bertanya jika saya masih ada menyimpan air yang di berikannya tempoh hari. Saya kata ada so ayah minta saya renjiskan di seluruh rumah, di luar rumah, kawasan luar dan dalam kereta. Saya sekali lagi terkejut apabila ketika saya sedang merenjis-renjis air tersebut di sekitar kawasan rumah dan kereta saya tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat iaitu bunyi seperti ada sesuati yang sedang melanggar pintu gate depan rumah. Apabila saya memberitahu ayah dia berkata rupanya makhluk halus tersebut telah mengikuti kami balik sampai ke rumah dan akibat daripada renjisan air tersebut makhluk tersebut telah keluar dari kawasan rumah kami sebab tu terdengar seperti sesuatu sedang melnaggar pintu gate kami. 

Semenjak dari hari itu, kami tidak lagi berani untuk sampai ke rumah ayah pada waktu malam dan saya akan ke rumah ayah pada siang hari dan tidak akan balik malam lagi. Syukur kepada Allah kami semua terselamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.





No comments:

Post a Comment