RESEPI SNOW CHEESE KEK
Yummy2, ni kek kesukaan anak-anak ni. Selalunya bila kak ambil tempahan, kak mesti buat kek extra.. Kalau x memang kena buat semula la tempahan orang..haha..Tak per janji anak-anak happy. :)
Okeyla, akak nak kongsikan sedikit cara-cara nak buat Cheese Kek Meleleh nie..
RESEPI SNOW CHEESE KEK / CHEESE LELEH
Oleh: Nisa Kitchen
BAHAN-BAHAN:
Untuk Kek:
: 100 Gram tepung gandum*
: 60 Gram tepung Jagung*
: 1 sudu kecil baking powder@serbuk penaik
: 1 sudu besar Ovalette
: 100 Gram gula kastor
: 4 Biji Telur ayam (xkisahla ayam kg atau x tapi kak selalu guna telur yang dah siap dijual di pasaraya)
: 2 Biji Kuning Telur
: 50 Ml air sejuk (air sejuk dari peti sejuk)
: 75 Gram Mentega cair
Untuk Krimnya:
: 250 Gram Cheese Cream (akak selalu guna philadelphia)
: 120 Gram susu pekat manis
: 50 ml UHT Whipping Cream (xder nie kek xleleh)
Cara:
Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan putar sehingga tidak berketul-ketul. Jangan risau kalau adunan cair sebab ia memang cair. Hihi..
Bahagian Toppingnya:
: 250 Gram kraft cheddar Cheese (Parutkan)
Cara Caranya:
1. Satukan dan ayak bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi putih dan pekat. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah di alas dengan kertas minyak atau pun dengan menyapu sedikit butter.
4. Bakar adunan tadi dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 45 minit ke 1 jam.
5. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Kemudian potong kek di bahagian tengah agar kek menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim Cheese di atas separuh kek tadi kemudiannya letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lagi lebihan Krim cheese tadi sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese yang telah di parut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.
9. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais atau chiller selama 1-2 jam sebelum dipotong untuk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment