Sunday, 4 September 2016

TRAGEDI GEMPA BUMI SABAH (BORNEO EARTHQUAKE)

Gambarajah Puncak Gunung Kinabalu


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Blog ini.


Dalam Blog saya kali ini ingin saya berkongsi dengan anda mengenai keunikan yang terdapat di Sabah. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dengan anda mengenai keunikan Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di daerah Ranau, Sabah adalah gunung yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara dengan mencapai ketinggian 4095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga mempunyai kawasan hutan yang dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane, hutan ericaceous atau hutan gunung.


Gunung Kinabalu adalah merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang menetap di Sabah. Sesetengah penduduk mengganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan semangat satu padu khusunya kepada rakyat Sabah. 


Ciri Fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak gunung yang tinggi di dunia diliputi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun yang lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sam paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika itu puncak gunung kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat dikawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak di anatar kundasang dengan ranau.

Lagenda/Mistik

Sebenarnya ramai yang tidak tahu secara mendalam tentang misteri yang tersembunyi disebalik gunung ini. Menurut kisah lagenda, Gunung Kinabalu banyak menyimpan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia dan di sebabkan itu sehingga ke hari ini Gunung Kinabalu yang dikatakan keramat kini didiami oleh roh-roh nenek moyang kaum Kadazan Dusun yang menetap di sini semenjak dahulu. 


Bagi segelintir mereka atau pelancong-pelancong yang datang dan mendaki Gunung Kinabalu, mereka dikehendaki mengikut beberapa panduan sebelum memulakan pendakian termasuklah menghormati kawasan sepanjang pendakian bagi mengelakkan perkara yang buruk terjadi kelak. Sebenarnya terdapat 5 buah gunung yang berada di sekitar kawasan gunung kinabalu ini mana terletak berasingan dengan Induk gunung Kinabalu yang belum lagi diteroka dan apa yang pasti hanya terdapat 3 gunung sahaja yang jelas kelihatan daripada jauh. Orang tua-tua dahulu-kala menamakan Induk Gunung Kinabalu dengan gelaran Akinabalu (bapa gunung), gunung kedua dipanggil Inabalu (mama/ibu gunung) manakala yang ketiga di sebut sebagai Tanabalu (Anak gunung). 



Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazan Dusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Pembentukan Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu terbentuk atau terhasil daripada pertembungan Litosfera Laut Chin Selatan dan Litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, Litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam kebawah permukaan bumi dan ini memberi tekanan kepada Litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu juga telah menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terlatak di bawah permukaan bumi untuk naik keatas permukaan bumi. Tolakan itu juga menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang teramat perlahan (5mm) dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar.


Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu daripada lima (5) hingga ke lapan(8) kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun, hakisan demi hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun yang lalu telah menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Kenyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dijalankan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah ketinggain 4,095 meter (13,435 ka) di atas paras laut iaitu dengan ketinggiannya kurang daripada 6 meter (20 ka) darpada apa yang sudah dinyatakan di dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah sebanyak 4,101 meter (13,455 ka)


Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low (Low's Peak; 4095.2 m)
  • Puncak St. John (St. John's Peak; 4090.7 m)
  • Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Tragedi Gempa Bumi 

Gempa bumi Sabah 2015 pada ukuran sederhana 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah berdekatan Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi , hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau,Labuan, Lawas, Limbang Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei.Selepas tragedi itu,pengunjung dibawah 14 tahun dilarang mendaki kerana kebanyakan mangsa yang terhempap batu dari Donkey Ear Peak ialah berasal dari Singapura dan mereka ialah kanak -kanak yang menjalani lawatan sambil belajar ke sana.[6] Lokasinya di 6.1 Utara 116.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3.[7]

Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu 
Pasukan Penyelamat sedang membantu mengeluarkan mangsa tragedi Gunung Kinabalu
Helipkopter yang membawa pulang mangsa Tragedi Gunung Kinabalu