Friday, 24 February 2017

RESEPI SUP IKAN




SUP KEPALA IKAN MERAH








Pagi-pagi waktu cuti hujung minggu ni tengah fikir nak masak apa untuk lauk tengahari nanti.. Haaa, sup ikan. Akak nie xderlar terror sangat tapi setakat masak untuk anak beranak sekeluarga tu kira lauk tu habis jugala. Tapi alhamdulilah anak-anak suka sangat makan sup ikan ni sampai anak-anak nak minta masak lagi. Hihi.. Resepi ni dah lama dari arwah ibu akak lagi cuma akak ni bukan selalu masak sup ikan ni. Kalau teringin nak makan haa barulah akak masak lagipun nak cari ikan segar yang sesuai untuk masak sup ni kat tempat akak susah nak dapat sebenarnya. Ni pun kebetulan 2 hari lepas haritu hubby yang belikan ketika balik dari outsation pagi. 


Okayla, akak xnak coret lebih-lebih nanti korang kata kak ni merapu rapu la pula kan.. Hehe..Berikut adalah cara penyediaannya dan bahan-bahan yang hendak di gunakan. Korang boleh ler tambah-tambah mengikut citarasa masing-masing kan tidak semestinya korang nak ikut 100% resepi akak ni tapi kalau nak cuba boleh, Sila Sila....Hehehe.


Bahan-Bahan A

* 1 Ekor ikan merah (saiz sederhana besar) akak guna ikan merah.
* 1 Bungkus sup bunjut
* 3 Cawan air
* 1 sudu teh lada hitam ( di tumbuk)
* 2 Tangkai daun sup ( dipotong pendek)
* 2 Tangkai daun bawang (dipotong pendek)
* Garam secukup rasa.
* 1 sudu makan minyak masak

Bahan-Bahan B (Hiris)

* 3 biji bawang merah
* 1 ulas bawang putih
* 2 inci Halia


Cara Memasak

1. Bersihkan ikan dan tuskan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga wangi
3. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut
4. Apabila mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam dan biarkan mendidih.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Sedia untuk dihidangkan.


Haa dah siap, kalau korang nak cuba resepi ni sila la yer...Selamat mencuba. Hehe..

Sambil tu bolehlah layan sekejap video little princes ni. Hihi.. #jangansentap












Monday, 20 February 2017

RESEPI SNOW CHEESE KEK


RESEPI SNOW CHEESE KEK





Yummy2, ni kek kesukaan anak-anak ni. Selalunya bila kak ambil tempahan, kak mesti buat kek extra.. Kalau x memang kena buat semula la tempahan orang..haha..Tak per janji anak-anak happy.  :)

Okeyla, akak nak kongsikan sedikit cara-cara nak buat Cheese Kek Meleleh nie..


RESEPI SNOW CHEESE KEK / CHEESE LELEH
Oleh: Nisa Kitchen


BAHAN-BAHAN:


Untuk Kek:

: 100 Gram tepung gandum*
: 60 Gram tepung Jagung*
: 1 sudu kecil baking powder@serbuk penaik
: 1 sudu besar Ovalette
: 100 Gram gula kastor
: 4 Biji Telur ayam (xkisahla ayam kg atau x tapi kak selalu guna telur yang dah siap dijual di pasaraya)
: 2 Biji Kuning Telur
: 50 Ml air sejuk (air sejuk dari peti sejuk)
: 75 Gram Mentega cair


Untuk Krimnya:

: 250 Gram Cheese Cream (akak selalu guna philadelphia)
: 120 Gram susu pekat manis
: 50 ml UHT Whipping Cream (xder nie kek xleleh)

Cara:

Satukan kesemua bahan-bahan tadi dan putar sehingga tidak berketul-ketul. Jangan risau kalau adunan cair sebab ia memang cair. Hihi..


Bahagian Toppingnya:
: 250 Gram kraft cheddar Cheese (Parutkan)

Cara Caranya:
1. Satukan dan ayak bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi putih dan pekat. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah di alas dengan kertas minyak atau pun dengan menyapu sedikit butter.
4. Bakar adunan tadi dengan menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 160C selama 45 minit ke 1 jam. 
5. Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk. Kemudian potong kek di bahagian tengah agar kek menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim Cheese di atas separuh kek tadi kemudiannya letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lagi lebihan Krim cheese tadi sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese yang telah di parut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.
9. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais atau chiller  selama 1-2 jam sebelum dipotong untuk di hidangkan.






Sunday, 19 February 2017

JOM!! KOTA KINABALU SABAH APA YANG MENARIK


JOM!! KITA ZASSS APA YANG MENARIK 
DI KOTA KINABALU SABAH




Jomm kita selongkar sedikit apa sebenarnya yang ada di Kota Kinabalu ini yang mana ia sering di perkatakan orang seluruh dunia tidak kira kaum dan had umur. 

Korang tahu tak Kota Kinabalu adalah ibu negeri kepada negeri Sabah, dibawah bayu yang mana terletak di dalam Malaysia. Kota KInabalu juga merupakan bandar yang terbesar di negeri Sabah. Sehingga ke hari ini pembangunannya semakin meluas dan ini membuatkan bandar Kota Kinabalu menjadi lebih besar dan telah melampaui sempadan bandar sebelah selatan sehingga ke daerah Penampang dan Putatan. Manakala sebahagian kecilnya berkembang ke daerah Papar yang terletak di Selatan dan di utara di Tuaran.

Ini termasukla shopping mall yang semakin banyak di bina di sini. Pastinya anda tidak berasa jemu apabila sampai di sini kerana banyak sangat tempat-tempat yang menarik yang terdapat di sini ini termasukla pulau-pulau dan gunung Kinabalu yang begitu popular sehingga kini.

Kota Kinabalu terletak di bahagian Pantai Barat Sabah (di barat laut Borneo) bertentangan dengan Laut China Selatan. Terdapat ruangan di antara laut dan juga Banjaran Crocker di sepanjang pantai barat Sabah. Pembangunan itu juga tertumpu di sepanjang pantai  ke arah utara dan juga selatan Kota Kinabalu.


Pasar Filipin

Ini dia pasar yang begitu popular sekali di kota kinabalu ni. Sesiapa sahaja yang datang ke KK mesti singgah di pasar ni. Terdapat bermacam-macam jualan di dalam pasar ni. Jom kita tengok.

Ini adalah di antara makanan laut yang telah siap di bakar. Sedapp ni..Hahaha kawal nafsu makan tu..
Ssslllluurrrppp...
Seafood Bakar



Yang ni amplang, ni semua diperbuat daripada isi-isi ikan laut termasuklah isi ketam, isi udang dan isi ikan. Harga dari RM5.00 ke atas.
Yang kat bawah tu kuih cincin. Harganya bermula RM2.00 dan ke atas.

Amplang dan Kuih Cincin



Yang ni mutiara namanya. Harga boleh sampai ratusan ribu ringgit.

Mutiara 



Ni dia akak ni tengah mempromote mutiara-mutiara yang ada di sini.

Pelbagai Mutiara dan lain-lain kraftangan



Yang ni pula bahagian Ikan Kering. Kat sini semua jenis ikan kering ada di jual, termasukla udang kering, ikan bilis kering dan ikan masin mengikut gred dan saiz.

Kat pasar filipin ni korang boleh tawar harga tapi jangan la tawar harga sampai murah sangat, confirm xdapat ler..Hihik..



PASAR BESAR KK

Yang ni pula pasar besar Kota Kinabalu terletak bersebelahan dengan pasar filipin. Dalam pasar ni semua jenis barangan masak ada dijual termasukla sayur, buah, ikan, daging dan macam-macam lagilah. Atas tu gerai2 makan dan juga sebelahnya jual pakaian dan ada perkhidmatan menjahit baju.

Pasar Besar KK


TEMPAT PENGINAPAN


Terdapat banyak tempat-tempat penginapan di bandar kota kinabalu ini dan salah satunya adalah Hotel Le Meridean. Hotel Le Meridean nie terletak betul-betul berhadapan dengan pasar filipin. Harga hotel ni bermula dari RM 400++ dan ke atas. Harganya boleh tahan juga maklumlah hotel ni terletak di tengah-tengah bandar kk. Senang nak shopping tak perlu naik teksi. Kena senaman sikit..Hihihi...


Hotel Le Meridean



Centre Point Sabah

Centre Point adalah salah satu Shopping Mall yang terletak bersebelahan dengan Hotel Le Meridean dan Pasar Filipin.


Centre Point Sabah





Gaya Street


Tamu Gaya Street biasanya di buka setiap hujung minggu seawal jam 6 pagi. Ia terletak di sepanjang jalan Gaya Street Kota Kinabalu. Bermacam-macam barangan yang ada di jual di sini.  Kalau nak tahu singgah la sini. Hihi..




Tamu Gaya Street



Pemandangan 

Di sini ramai orang termasuk pelancong asing yang tidak putus-putus singgah di kawasan ini untuk bersantai bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Kawasan ini terletak di belakang Hotel Hyaat Regency Kota Kinabalu. Orang yang datang melawat kawasan ini biasanya duduk mengambil gambar sambil mengamati ketenangan air laut. Tidak jauh dari tempat ini terdapat gerai-gerai makan yang mana ia di buka sehingga tengah malam.





Muzium Sabah

Muzium sabah terletak pada 17 hektar tanah di Bukit Istana Lama Kota Kinabalu. Terdapat banyak galery yang menempatkan tentang tamadun islam, arkeologi dan sejarah yang kebanyakannya menceritakan tentang Sabah. Nak tahu datanglah sendiri ke Muzium Sabah. 




Masjid Bandaraya Kota KInabalu

Masjid ini dibina atas cadangan dan cetusan ilham daripada Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak, yang di -Pertua Negeri Sabah yang ke-7. Pada asalnya tapak Masjid ini ialah kawasan pantai dan pesisir air laut Kampung Likas. Ia mempunyai tapak seluas 14.83 ekar. Ramai yang menamakan Masjid Bandaraya ini sebagai Masjid Terapung.







Maka dengan itu sekian dari saya.. hehe















Wednesday, 8 February 2017

KEUNIKAN PULAU MANUKAN SABAH








KEINDAHAN PULAU MANUKAN, SABAH


Pulau manukan atau Manukan Island adalah pulau yang begitu popular dan ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di Negeri Sabah. Pulau Manukan adalah pulau yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan ianya telah diiktiraf sebagai taman laut negara.

Pulau Manukan juga adalah di antara salah satu daripada 5 buah pulau yang termasuk di dalam Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia. Antara pulau-pulau yang terdapat di dalam Taman Tunku Abdul Rahman adalah pulau sapi, Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Di pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang begitu maju yang mana terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, pusat menyelam dan beberapa restoran.

Di pulau ini juga terdapat tempat-tempat rekreasi termasuk padang bola sepak, kolam renang, sepak takraw dan bola tampar. Terdapat juga infrastruktur di mana terdapat sistem pembentungan yang tersusun, kemudahan sokongan air yang bersih, kemudahan elektrik, penyahgaraman tumbuhan serta telefon awam yang mana menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga diliputi oleh tumbuh-tumbuhan yang tebal serta disediakan juga laluan mendaki.





Jesselton Point, Kota Kinabalu terletak di bandar Kota Kinabalu ini adalah tempat di mana terdapat tiket-tiket untuk dijual sebelum sampai ke destinasi pulau-pulau yang berada di Taman Tunku Abdul Rahman termasuklah Pulau Manukan. Perjalanan untuk sampai ke pulau Manukan @Manukan Island mengambil masa selama 30 minit ke 1 jam pergi dan balik. Ini bergantung kepada keadaan cuaca pada masa itu.

Harga Tiket untuk sampai ke destinasi pulau adalah berlainan di setiap kaunter. Antara salah satunya adalah seperti berikut:

Dewasa: Antara RM22 dan RM30.50
Kanak-Kanak: Antara RM18.50
Kanak-Kanak: 2 Tahun Ke bawah  (Percuma)

Bayaran untuk Terminal @ Jeti Fee
Dewasa: RM 7.83
Kanak-Kanak: RM3.85

*Harga untuk Terminal Fee tidak termasuk harga tiket.





Penginapan Pulau Manukan
Harga bermula dari RM 1,045.00 sehingga RM 1,899.00
Boleh rujuk di sini: suterasanctuarylodge@com.my
Perubahan harga dari masa ke semasa.


                                                                (Penginapan A)





(Bilik Tidur)


(Ruang Rehat)


(Bilik Mandi)


(Penginapan B)


(Ruang Rehat)


(Bilik Tidur)



(BBQ)


(Kolam Renang)


(Pemandangan pada waktu senja)


(Pemandangan Senja)


(Beginilah keadaan waktu malam)
























RESEPI AYAM PANGGANG DAN SALAD KENTANG BARU



RESEPI AYAM PANGGANG DAN KENTANG BARU




                                 


Bahan-Bahan:

900 gram @ 1 ekor ayam panggang
500 gram Kentang
150 gram yogurt rendah lemak
1 sudu besar madu 
225 gram daun salad
Sedikit daun tarragon (* jika suka)
4 biji lada besar merah di hiris (siap di panggang)



Cara-Cara:

1. Rebus atau kukus kentang selama 15 minit ke 20 minit dan sejukkan ke dalam air sejuk dengan cepat apabila siap merebus.

2. Sementara itu, carik-carikkan isi ayam atau jadikan isi ayam di dalam ketulan kecil-kecil.

3. Campurkan yogurt dengan madu dan juga tarragon serta perasakan secukup rasa.

4. Masukkan ayam yang telah di jadikan ketulan kecil-kecil tadi bersama dengan lada besar,  daun salad dan kentang ke dalam mangkuk besar dan sebatikan. Sedia untuk di hidang.



                                                                  (Daun Tarragon)






Saturday, 4 February 2017


TRAGEDI BUKIT BENDERA






Mungkin ramai yang telah tahu kisah di sebalik kawasan Bukit Bendera yang mana ia terletak di Kota Kinabalu Sabah. Selain daripada kisah-kisah mistikia juga menjadi tempat para pengunjung yang datang samada dari sekitar Kota Kinabalu mahupun luar dari kawasan Kota Kinabalu.

Cerita ini bukanla rekaan semata-mata tetapi ini adalah pengalaman saya dan juga saya percaya bukan saya seorang saja yang mempunyai pengalaman yang aneh ketika melalui atau berada di kawasan sekitarnya. Tujuan saya membuat blog ini bukanlah untuk mengaibkan atau pun menakutkan mana-mana pihak tapi ini sekadar pengalaman yang saya nak kongsi dengan para pembaca blog ini dan ia terpulang kepada kepercayaan masing-masing kerana ini hanya satu perkongsian sahaja.

Sebenarnya kejadian ini sudah berlaku beberapa minggu yang lepas dan oleh kerana saya tidak begitu berkesempatan untuk membuka blog saya ni dan kebetulan pula hari ini kurang sibuk memandangkan semua order sudah di hantar awal. 

Okla di pendekkan cerita. Kisah ini berlaku pada waktu malam iaitu malam hari Selasa. Ketika itu jam 7.30 malam, saya dan anak-anak dalam perjalanan balik ke rumah yang terletak di inanam selepas berkunjung ke rumah ayah di situ. Kebiasaanya kami akan datang melawat ayah pada setiap hujung minggu pada waktu siang akan tetapi kebetulan pada haritu ayah telefon pada waktu petang minta kami datang d rumahnya kerana ada sesuatu yang hendak di bincangkan katanya. Kebetulan pula saya masa itu tengah kerja dan tidak dapat mengambil cuti 'emergency' kerana tidak ada pekerja lain yang dapat menggantikan tempat saya memandangkan waktu itu hanya saya dan seorang lagi pekerja bertugas kerana yang lain masih bercuti. Tapi saya nekad pergi ke rumah ayah selepas balik dari waktu bekerja. Setelah mengambil anak-anak pulang daripada sekolah, kami terus pergi ke rumah ayah dan setibanya kami di situ jam sudah menunjukkan 6.40 petang. Kami hanya berbincang sekejap dengan ayah dan terpaksa kelam-kabut nak balik rumah kerana saya nak siapkan order/pesanan lain lagi selepas itu. 

Ketika dalam perjalanan balik selang beberapa kilometer dari rumah ayah, kereta yang saya bawa tiba-tiba terasa terlalu berat sehinggakan engin kereta hampir mati bila berada di penghujung bukit, pada mulanya saya tidak terfikir perkara lain dan cuba untuk menukar gear kepada gear yang rendah dan keadaan masih sama dan terasa seperti kereta yang saya pandu seakan-akan membawa muatan yang sangat banyak dan menjadikan kereta terasa sangat berat. Saya kemudiannya cuba untuk menukar gear kepada gear rendah untuk mengundurkan kereta secara perlahan-lahan sehingga ke bawah iaitu jalan rata. Ketika itu saya cuba memandang kepada cermin belakang untuk melihat cahaya lampu undur cahaya brek memandangkan keadaan di situ pada waktu itu gelap. Tapi apa yang peliknya, saya tidak dapat melihat apa-apa cahaya dari brek belakang saya dan cahaya undur pada kereta saya biarpun sedikit. Ia terlalu gelap dan saya hampir memasuki curam bukit. Saya terpaksa membuka cermin kereta saya untuk memandang ke belakang sambil mengundurkan kereta dan saya terkejut apabila saya melihat kereta saya hanya beberapa meter saja akan melanggar penghadang jalan yang menghadap bukit. Saya hampir meminta anak saya untuk keluar untuk memberi signal bila undurkan kereta tapi niat saya itu tidak kesampaian kerana saya berfikir kembali perkara sebaliknya.
Hati saya sudah terdetik ada benda yang sedang mengganggu perjalanan kami. Saya kemudian mengambil telefon bimbit saya dan cuba untuk memasang ayat kursi yang ada di dalam telefon bimbit saya. Peliknya lagi, smartphone yang saya sedang pegang itu tiba-tiba 'hang' dan kemudian skrin sentuh mula bertukar warna keputihan. Saya nak call ayah pun tidak dapat. Aik peliknya, saya kemudian membaca apa saja yang saya tahu dan yang terlintas di fikiran. Lama jugala saya perlahan-lahan mengundurkan kereta sampai ke bawah kerana jalan tersebut sempit dan bengkok. Apabila sampai sahaja di jalan bawah yang rata, saya mula pecut kereta saya agar ia tidak berulang. Sepanjang perjalanan saya masih lagi membaca ayat-ayat yang mana saya tahu tu dan sambil berdoa kepada Allah agar melindungi kami sekeluarga dan selamatkan perjalanan kami. Sepanjang perjalan itu juga saya seringkali merasakan seperti ada helaian rambut sedang bermain di tengkuk saya. Saya cuba menggosok dan mengalihkannya tapi tidak ada pun saya tersentuh helaian rambut tersebut. Ia berlaku lagi dalam 2-3 kali sepanjang perjalanan balik kami. Maksud saya helaian rambut tu. 

Sepanjang perjalan tu saya terfikir apa punca dan kenapa bend sebegitu terjadi. Rupanya ketika sebelum kami sampai ke bukit tu di mana tempat kereta kami terasa seakan-akan berat, kami ada melalui satu rumah yang sememangnya ada penghuni tapi peliknya penghuni rumah tersebut tidak kelihatan. Cuma lampu di luar rumah dan beranda saja yang berpasang. Sewaktu kami lalu di kawasan rumah tersebut, saya ada terlihat seperti kelibat seseorang sedang berdiri membelakangkan kami dengan baju putih dan seluar jeans di tepi pagar rumah tersebut. Tapi saya cuma diamkan saja kerana saya fikir ia mungkin ada kayu yang sengaja di letak kain putih kerana pada saya mustahila la penghuni rumah tu keluar nak buang air kat kawasan pagar sedangkan keadaan rumah dan kawasan tu tersangatla sunyi. Rupanya bukan saya seorang saja yang perasaan lembaga tu, anak perempuan saya pun perasan jadi dia pun tidak sangka benda tu adalah makhluk halus kerana waktu itu baru menunjukkan 7.30 malam. Anak saya terlepas cakap dengan saya sambil berkata " eh ada orang la" dan saya pun terus mengiyakannya dan saya pun memberitahu yang saya pun ternampak tapi saya memberitahu anak saya mungkin tu kayu. Lepas tu anak saya pun mengiyakan kata-kata saya itu. Kerana kami terlepas cakap bak kata orang tua-tua kalau jalan waktu malam dan ternampak apa-apa atau terjumpa apa-apa jangan di tegur atau berhenti. Lepas tu benda tu mengikuti kami dan oleh sebab itulah kereta yang saya pandu terasa begitu berat. 

Peliknya rumah-rumah kat kawasan situ jam 7.30 dah mula sunyi (agakya dah tidur kot) serius sangat sunyi seperti tengah malam. Tidak ada ternampak pun penghuni rumah yang keluar masuk rumah atau pun pintu rumah masih berbuka atau pun bunyi tv atau radio sedang berpasang. Dan biasanya apabila kami melalui jalan tersebut terdapat banyak anjing-anjing yang berkeliaran di situ sedang tidur di atas jalan tapi pada malam itu 1 ekor anjing pun tidak kelihatan sedangkan anjing-anjing tersebut kelihatan ada di kawasan tersebut sewaktu kami dalam perjalanan pergi ke rumah ayah dan biasanya anjing tersebut masih ada ketika kami dalam perjalanan balik dari rumah ayah cuma malam tu pelik sangat.

Apabila sampai di rumah saya mula melihat telefon saya dan cuba untuk menelefon ayah untuk memberitahu hal yang terjadi ke atas kami tadi. Ayah berkata kawasan tersebut sememang biasanya ada makhluk-makhluk begitu. Ayah juga sempat bertanya jika saya masih ada menyimpan air yang di berikannya tempoh hari. Saya kata ada so ayah minta saya renjiskan di seluruh rumah, di luar rumah, kawasan luar dan dalam kereta. Saya sekali lagi terkejut apabila ketika saya sedang merenjis-renjis air tersebut di sekitar kawasan rumah dan kereta saya tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat iaitu bunyi seperti ada sesuati yang sedang melanggar pintu gate depan rumah. Apabila saya memberitahu ayah dia berkata rupanya makhluk halus tersebut telah mengikuti kami balik sampai ke rumah dan akibat daripada renjisan air tersebut makhluk tersebut telah keluar dari kawasan rumah kami sebab tu terdengar seperti sesuatu sedang melnaggar pintu gate kami. 

Semenjak dari hari itu, kami tidak lagi berani untuk sampai ke rumah ayah pada waktu malam dan saya akan ke rumah ayah pada siang hari dan tidak akan balik malam lagi. Syukur kepada Allah kami semua terselamat dari sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.





BAWANG PUTIH DAN KHASIAT UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN SEMULAJADI

KHASIAT BAWANG PUTIH UNTUK 

KESIHATAN DAN KECANTIKAN



Seperti yang kita tahu bawang putih mempunyai banyak kegunaan termasuklah untuk kegunaan masakan seharian akan tetapi masih ramai yang belum mengetahui tentang khasiat sebenar bawang putih terhadap kesihatan dan juga kecantikan. Bawang putih juga mempunyai khasiat di dalam mencegah kanser. Ada yang tidak menyukai bau bawang putih yang seakan menyengat.

Bawang putih merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman mesir lagi, kandungan allicin memang salah satu zat yang digunakan sebagai ubat. Allicin merupakan salah satu kompenen biology aktif yang lebih utama dan mempunyai kandungan yang begitu besar dalam bawang putih. Ia berfungsi sebagai zat anti bakteria yang sememangnya terdapat di dalam bawang putih.

Antara fungsi bawah putih adalah:

*  Antioksidan
* Mencegah Kanser
* Menurunkan berat badan
* mencegah hipertensi
* anti mikroba/bakteria
* Melancarkan perjalanan darah



Selain itu, bawang putih juga dikatakan dapat mengatasi masalah seperti berikut:


1. Membantu Merawat Jerawat.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa bawang putih dapat membantu merawat jerawat. Bawang putihdipotong dan dihancurkan akan mengeluarkan senyawa yang berguna sebagai pembersihan darah serta memiliki sifat sntibiotik. Ini akan membantu untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat.



2. Membantu Meningkatkan Kesihatan Jantung

Siapa sangka bahawa bawang putih dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung kita. bawang putih mampu mengurangi kolestrol dan menurunkan tekanan darah. Sehingga kini bawang putih telah dikenali sebagai satu kaedah dimana ia dapat mencegah penyakit jantung dan stroke. Ini kerana bawang putih mengandungi Allicin yang dapat membantu mengurangi kadar kolestrol.



3. Membantu mencegah pembekuan darah.

Sifat pembersih yang terkandung pada bawang putih memungkinkan untuk membersihkan arteri dan vena, yang kemudian dapat melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan produksi iksida di dalam darah, yang membantu melebarkan pembuluh darah dan mencegah dari berlakunya pembekuan darah.



4. Mencegah Kanser

Bawang putih memiliki sifat melawan kanser di mana ia dapat membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh kita. Bawang putih mampu mencegah berbagai jenis kanser seperti kanser payudara, kanser usus, kanser pankreas, kanser prostat, kanser perut. Mereka juga dikenali dapat menghancurkan pertumbuhan sel kanser di dalam tubuh manusia.



5. Membantu di dalam Melawan Infleksi

Bawang putih yang bukan saja mengandungi Allicin malah ia juga mengandungi Vitamin C, B6, Kalium, Kalsium, Selenium, Magnesium dan Flavonoid yang besar untuk melawan infleksi kerana kesemua kandungan-kandungan tersebut dapat membunuh bakteria, jamur dan juga virus.



6. Membantu Mengubati Masalah Sakit Tekak
Sifat antioksidannya dan antibakteria yang dimiliki bawang putih dapat membantu untuk menyembuhkan batuk, sakit tekak dan radang tekak. Jika kita mengalami gatal pada tekak, kita boleh mengunyah potongan kecil bawang putih atau campurkannya ke dalam jus wortel atau jus Aple. Ia juga dikatakan dapat mencegah daripada selsema dan demam.

7. Mengurangkan Tekanan Gula Dalam Darah

Bawang putih dikatakan dapat membantu meningkatkan insulin di dalam darah dan seterusnya dapat membantu penderita penyakit diabetis (kencing manis). Namun yang demikian, ini tidak bermaksud kita harus menghentikan pengambilan ubat-ubatan daripada doktor. Disamping pengambilan ubat daripada doktor tidak salah kita mencuba untuk mengamalkan pengambilan bawang putih sebagai pengubatan tambahan.

8. Mengubati Sakit Gigi
Sifat antibakteria dan anesthetizing pada bawang putih dapat membantu mengurangkan sakit gigi. Untuk mengurangi rasa sakit, bawang putih boleh di cicang dan diletakkan pada gigi yang sedang sakit terutama pada gigi yang berlubang. Ia terasa pedas sedikit akan tetapi jangan risau kerana pedas inilah yang akan membantu mengurangkan kesakitan yang di alami.

Sesungguhnya bawang putih memiliki bau yang kurang enak bagi sesetengah orang namun dengan manfaat yang terdapat pada bawang putih, kini tidak ada lagi alasan untuk kita menghindarinya.

KETAHUI TANDA-TANDA AWAL SAKIT JANTUNG

SAYANGI JANTUNG ANDA, KETAHUI TANDA-TANDA AWAL SAKIT JANTUNG





Tahukah anda bahawa pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlaku adalah ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung adalah teramat berharga. Oleh itu ketahui sakit jantung yang mungkin boleh menjadi pennetu antara hidup mahupun mati. Tanda-tanda yang pertama:

1. Lidah atau Gusi menjadi bengkak atau sakit -  Berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti         lemak yang berlebihan, injap jantung atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada       kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa yang terdekat. (Bagi kaum perempuan 
    akan terasa sakit kedua belah tangan).

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Nafas terasa pendek.
5. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

6. Rasa sakit pada dada (ulu hati sedikit sebelah kiri) - Terasa seperti dada sedang dihempap benda         yang berat.

7. Dari sakit dada, rasa sakit itu akan mula merebak ke tangan, lengan, tengkok, abdomen dan rahang.

8. Rasa tidak selesa pada dada seperti sedang dipam angin penuh atau terasa pedih.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

11. Rasa keletihan sepanjang masa.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Rasa loya dan tidak ada selera makan.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir di mana sakit jantung akan menyerang biasanya akan membawa kepada         keletihan dan tidak bermaya (teruk).

Walaupun pada dasarnya sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda-tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak akan mengalami sebarang tanda-tanda sakit dada yang teruk dan mungkin hanya mengalami sakit dada yang sedikit sahaja dan merek berpendapat ini adalah sakit biasa. Ada juga yang mengalami satu simptom sahaja dan ada yang mengalami beberapa simpton sahaja dan ini menunjukkan serangan sakit jantung sedang berlaku. Di sini, kami akan cuba berikan penerangan secara terperinci mengenai apakah dan bagaimanakah sakit jantung ini berlaku.



RAHANG TIDAK SELESA

Antara tanda-tanda sakit jantung yang sangat jeas adalah ketidakselesaan atau sakit dibahagian rahang anda. Anda mungkin boleh merasakan ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari bahagian dada ke rahang anda.



LEHER TERASA SEPERTI TERBAKAR

Mereka yang mengalamai sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan dibahagian leher seperti tercekik atau atau perasaan terbakar di bahagian dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau ke bahu leher anda.


SAKIT DI BAHU

Antara tanda-tanda sakit jantung yang seterusnya dan ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia di gambarkan seperti sakit biasa, terasa berat atau tekanan yang merebak dari dada kebahagian bahu.


TERASA BERAT DI BAHAGIAN DADA

Seterusnya, tanda-tanda sakit jantung yang lain adalah terasa sedikti berat, tegang atau tekanan di bahagian dada. Kesakitan yang dirasa adalah begitu teruk sehingga anda boleh merasa seperti tidak sihat. Dalam erti kata lain, sakit dada terasa seprti di cucuk-cucuk dengan benda yang tajam dan kebiasaannya bukanlah antara tanda sakit jantung.



SAKIT BELAKANG

Sakit belakang juga di antara tanda-tanda bagi mereka yang mengalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasakan di anatara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari bahagian dada hingga ke bahagian belakang anda.


BERASA TIDAK SELESA PADA BAHAGIAN LENGAN

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau di kedua-dua bahagian lengan juga merupakan sakit jantung. Ketidakselesaan ini juga boleh merebak dari dada ke lengan anda.



TERASA LETIH

Merasa letih yang amat sangat juga di alami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan dengan risiko penyakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang seperti mengambil segelas cawan untuk minum atau berjalan ke bilik air.

Elakkan aktiviti yang berat atau sukan yang berat. Percaya atau tidak, ada yang meninggal dunia kerana bermain futsal buat pertama kalinya. Jangan sesekali mengabaikan tanda-tanda sakit jantung seperti ini.



TERASA LOYA

Selain daripada itu,anda juga merasakan loya atau tidak sihat dalam tempoh masa yang lama. Anda juga mungkin berasa pening disamping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungkin akan dapat dirasai. Dan anda juga mungkin akan berasa kesukaran untuk bernafas atau semput. Ini boleh di gambarkan dengan seseorang yang menarik nafas panjang disebabkan dada terasa ketat atau sempit. 


BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Perkara yang sangat penting, bila sudah ada tanda sakit jantung, harus berjumpa doktor dengan segera apabila:

* Anda berumur 40 tahun dan ke atas dan mempunyai lebih daripada satu risiko penyakit jantung.

* Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia muda.

* Sakit dada apabila melakukan aktiviti.

* Sakit yang kuat.

* Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.

* Rasa sakit yang menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.

* Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.

* Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.

* Sakit yang berubah sifat. Contohnya sakit yang semakin kerap.

Ini bukan kami yang kata tapi ini dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang kata.



SERANGAN SAKIT JANTUNG YANG MENGEJUT 


Cuba bayangkan jika ketika anda sedang berada dalam kereta dan dalam perjalanan balik kerumah setelah penat seharian bekerja. Anda benar-benar merasa gelisah, penat dan kecewa.

Tiba-tiba anda merasakan sesuatu yang sakit sangat menyucuk di bahagian dada dan ia mula menular ke leher dan bahagian rahang muka. Anda hanya mempunyai jarak sebanyak 5 kilometer dari tempat anda ke hospital yang terdekat. Akan tetapi anda sendiri pun tidak begitu pasti dan yakin yang anda boleh sampai atau pun tidak ke hospital itu. Anda juga telah dilatih melakukan CPR tetapi tidak di ajar untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda sakit jantung apa perlu anda lakukan?



BAGAIMANA CARA UNTUK MENANGANI SAKIT JANTUNG JIKA BERSENDIRIAN


** Kebanyakan orang bersendirian ketika diserang sakit jantung. Tanpa sebarang pertolongan,  
     mereka yang menghadapi masalah ini, jantung akan berdegup tidak menentu dan dan mula rasa          hendak pitam, hanya mempunyai 10 saat sahaja sebelum nak pitam.

** Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulangkali secara kuat
     dan berterusan. Pesakit hendaklah tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk dan batuk mestilah
     dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yang jauh di dalam paru-
     paru.

** Tarik nafas dan batuk ini mestilah di ulang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau        sehingga jantung berdegup normal semula.

** Tarik nafas yang mendalam membawa oksigen ke dalam paru-paru dan mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.

** Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma        yang normal semula. Dengan ini magsa serangan jantung sempat dan berupaya ke hospital dengan      sendiri.



HARAPAN KAMI

** Jika anda mengalami salah satu simptom di atas atau tanda sakit jantung lebih daripada 10 minit          hingga 25 minit, segeralah berjumpa dengan doktor atau segera menghubungi pihak ambulanse
     agar segera dapat di bawa ke hospital. Dikhuatiri jika anda lambat bertindak, anda boleh pergi buat      selama-lamanya. Tidak ada siapapun yang nak mati dalam usia yang muda. Oleh itu, hargailah dan     sayangi jantung anda.