Friday, 3 February 2017

PETUA UNTUK MUDAH BERSALIN




PETUA MUDAH BERSALIN TERUTAMA BAGI IBU-IBU YANG MEUNGGU KELAHIRAN ANAK PERTAMA

Setiap wanita yang mengandung pastinya inginkan proses kelahiran dengan mudah terutama bagi yang menantikan kelahiran anak pertama. Setiap wanita telah di beri anugerah dan kekuatan untuk menahan kesakitan sewaktu bersalin dan ini tidak dapat di tandingi oleh mana-mana kaum adam yang ada di dunia ini. Kesakitan sewaktu bersalin bukanlah sengaja di reka-reka atau disengajakan untuk meraih simpati oleh kaum adam. Ia merupakan satu perjuangan di antara hidup mahupun mati semasa proses melahirkan. Kesakitannya tidak boleh digambarkan. Hanya wanita yang pernah melalui proses bersalin akan mengetahui betapa sakitnya waktu itu.

Setiap wanita atau suami mahupun keluarga pastinya tidak putus-putus mencari dan berusaha untuk mendapat tahu bagaimana cara untuk mudah bersalin kerana ini antara hidup mahupun mati. Setiap kelahiran mempunyai proses yang berbeza-beza walaupun mempunyai anak yang ramai. Dalam entry ini saya cuba kongsikan beberapa tips mahupun petua untuk para wanita di luar sana yang sedang menunggu saat-saat kelahiran bayi mereka. Harap ianya dapat membantu ya.



1. AIR KELAPA MUDA

Amalkan meminum air kelapa muda pada usia kehamilan 9 bulan agar mudah melalui proses bersalin. Selain itu, ia juga dapat membantu ibu yang sedang hamil untuk melancarkan proses pembuangan air kecing, membantu mengeluarkan zat racun yang masuk ke dalam tubuh dan dapat mengelakkan daripada kekejangan otot dan demam. Kebanyakan bidan-bidan kampung mengesyorkan ibu-ibu yang mengandung untuk meminum minyak kelapa bermula daripada usia 6 bulan kehamilan.


2.  AMALKAN MEMBACA SURAH MARYAM

Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca surah Maryam paling tidak sekali dalam sehari. Surah ini juga sesuai di amalkan bagi tujuan untuk memudahkan proses bersalin. Manakala bagi ibu-ibu yang bukan beragama Islam bolehlah mengamalkan doa masing-masing kerana apa pun agama, kita hanya berTuhankan satu sahaja. Mintala seberapa banyak. DIA pasti akan memberi dan akan sentiasa akan mendengar.


3.  SAYUR BENDI

Amalkanlah memakan sayur bendi kerana sayur bendi mempunyai 90% air yang juga diperkaya dengan kandungan Kalsium. Bagi yang mempunyai masalah buasir sayur bendi amatlah sesuai di amalkan. Selain itu juga khasiat sayur bendi ini juga dapat membantu melancarkan proses bersalin melalui lendir yang terdapat pada sayur bendi.


4. AMALAN DOA DAN SELUSUH

Selain mengamalkan doa mudah bersalin, perbanyakkan meminum minyak selusuh dan sambil menyapu di perut dari atas sehingga ke bawah perut. Ini bertujuan untuk membantu bayi nanti akaan meluncur keluar dengan mudahnya.  Ada yang kata seeloknya minyak selusuh di hasilkan oleh si suami sendiri lagi mujarab. Tapi sekiranya tidak dapat di sediakan jangan risau, terdapat banyak produk yang di hasilkan seperti minyak selusuh ini di pasaran. 


5. KERAP BERSAMA SUAMI

Para doktor ada memberitahu bahawa kita diwajibkan kerap bersetubuh dengan suami di saat akhir menanti proses kelahiran kerana ini juga dapat membantu proses mudah bersalin dengan mudahnya. Ini kerana air mani dapat merembeskan hormon yang boleh menyebabkan kontraksi. 

Ada juga yang mengatakan terdapat risiko keguguran bagi hubungan seks di awal kehamilan kerana air mani dapat bertindak membuka rahim secara semulajadi dan ini boleh menyebabkan berlaku keguguran jika rahim tidak cukup kuat untuk memegang kandungan.

Tetapi tidak semua pengamal perubatan bersetuju dengan pendapat seperti ini di mana air mani menyebabkan kontraksi. Ada yang menafikannya. Maka terpulanglah kepada individu masing-masing untuk mempercayainya.


6.  BERSENAM

Kerap melakukan senaman ringan seperti mengemas rumah, banyakkan berjalan terutama mingu-mingu terakhir kelahiran. Tetapi ini tidak bermakna kita harus bersenam tanpa mengira kandungan kita ya. Bersenam-bersenam juga tapi jangan sampai memudaratkan kandungan dan kesihatan pula ya.  

Dengarla kata badan anda apabila ia memberitahu supaya anda mengurangkan aktiviti dan berehatla. Jika anda tidur terlalu sedikit di awal kehamilan, anda mungkin berisiko mengalami tekanan darah tinggi dan praeklampsia.


7.  ALAS PERUT

Bersalin sangat memerlukan banyak tenaga. Proses melambatkan untuk bersalin akan terjadi sekiranya ibu-ibu kekurangan tenaga. Dengan itu, alasla perut sebelum masuk ke bilik bersalin. Jangan biarkan perut kosong walaupun waktu itu kurang selera untuk makan akibat menahan kesakitan. Makanlah biar sebuku roti atau beberapa keping biskut untuk mengalas perut bagi memudahkan meneran nanti kerana ini memerlukan tenaga yang banyak.


8.  PENDAMPING / TEMAN

Seeloknya ajak suami, ibu, kakak atau rakan anda agar dapat memberi sokongan anda semasa bersalin. Ini adalah petua untuk mudah bersalin secara normal bagi meningkatkan keyakinan diri dan semangat ibu-ibu yang hendak bersalin secara psikologi. Kauedah ini juga dapat memberikan sokongan yang dapat membuatkan proses bersalin dengan cepat dan mudah.


9.  URUTAN

Urutan akan membantu proses bersalin. Dengan mengurut bahagian bawah punggung atau bahu ketika berlaku kontraksi boleh membantu mengurangkan rasa ngeri ketika bersalin. Dengan urutan tubuh akan lebih relaks dan terangsang untuk melepaskan hormon endorfin yang boleh memberi kesan yang tenang kepada tubuh badan kita.

Minta la bantuan kepada pendamping kita waktu itu atau bidan kampung untuk mengurut salah satu bahagian tersebut dengan lembut dan perlahan. Urutan yang kasar dan tergesa-gesa akan memberikan kesan yang buruk kepada bayi dalam kandungan si ibu.

Semoga Tips dan petua ini dapat membantu. Semua terpulang kepada individu masing-masing.


** Lihatla betapa comelnya Anis ketika sedang di mandikan, umur baru masuk 3 bulan.
Video ni x panjang sebab dia dah mula nak meragam.



Ha..ni pula sewaktu umur Anis 4 tahun, ketika ni dia telah mengikuti pertandingan mewarna anjuran Hari Taska Sedunia.









Sunday, 4 September 2016

TRAGEDI GEMPA BUMI SABAH (BORNEO EARTHQUAKE)

Gambarajah Puncak Gunung Kinabalu


Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Blog ini.


Dalam Blog saya kali ini ingin saya berkongsi dengan anda mengenai keunikan yang terdapat di Sabah. Kali ini saya ingin berkongsi cerita dengan anda mengenai keunikan Gunung Kinabalu.


Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di daerah Ranau, Sabah adalah gunung yang ketiga tertinggi di Asia Tenggara dengan mencapai ketinggian 4095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga mempunyai kawasan hutan yang dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane, hutan ericaceous atau hutan gunung.


Gunung Kinabalu adalah merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang menetap di Sabah. Sesetengah penduduk mengganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan semangat satu padu khusunya kepada rakyat Sabah. 


Ciri Fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak gunung yang tinggi di dunia diliputi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun yang lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sam paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika itu puncak gunung kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat dikawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak di anatar kundasang dengan ranau.

Lagenda/Mistik

Sebenarnya ramai yang tidak tahu secara mendalam tentang misteri yang tersembunyi disebalik gunung ini. Menurut kisah lagenda, Gunung Kinabalu banyak menyimpan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia dan di sebabkan itu sehingga ke hari ini Gunung Kinabalu yang dikatakan keramat kini didiami oleh roh-roh nenek moyang kaum Kadazan Dusun yang menetap di sini semenjak dahulu. 


Bagi segelintir mereka atau pelancong-pelancong yang datang dan mendaki Gunung Kinabalu, mereka dikehendaki mengikut beberapa panduan sebelum memulakan pendakian termasuklah menghormati kawasan sepanjang pendakian bagi mengelakkan perkara yang buruk terjadi kelak. Sebenarnya terdapat 5 buah gunung yang berada di sekitar kawasan gunung kinabalu ini mana terletak berasingan dengan Induk gunung Kinabalu yang belum lagi diteroka dan apa yang pasti hanya terdapat 3 gunung sahaja yang jelas kelihatan daripada jauh. Orang tua-tua dahulu-kala menamakan Induk Gunung Kinabalu dengan gelaran Akinabalu (bapa gunung), gunung kedua dipanggil Inabalu (mama/ibu gunung) manakala yang ketiga di sebut sebagai Tanabalu (Anak gunung). 



Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazan Dusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang, manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Pembentukan Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu terbentuk atau terhasil daripada pertembungan Litosfera Laut Chin Selatan dan Litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, Litosfera Laut Cina Selatan semakin terbenam kebawah permukaan bumi dan ini memberi tekanan kepada Litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo.

Tekanan itu juga telah menolak bongkah Gunung Kinabalu yang terlatak di bawah permukaan bumi untuk naik keatas permukaan bumi. Tolakan itu juga menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun tetapi pada kadar yang teramat perlahan (5mm) dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar.


Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi iaitu daripada lima (5) hingga ke lapan(8) kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun, hakisan demi hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun yang lalu telah menyebabkan paras Gunung Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk berkurangan. Kenyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu pemantauan semula telah dijalankan menerusi teknologi satelit yang mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah ketinggain 4,095 meter (13,435 ka) di atas paras laut iaitu dengan ketinggiannya kurang daripada 6 meter (20 ka) darpada apa yang sudah dinyatakan di dalam terbitan angka hitherto yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah sebanyak 4,101 meter (13,455 ka)


Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:
  • Puncak Low (Low's Peak; 4095.2 m)
  • Puncak St. John (St. John's Peak; 4090.7 m)
  • Puncak Oyayubi Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
  • Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
  • Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
  • Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
  • Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku Abdul Rahman Peak)

Tragedi Gempa Bumi 

Gempa bumi Sabah 2015 pada ukuran sederhana 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah berdekatan Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi , hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau,Labuan, Lawas, Limbang Miri dan Bandar Seri Begawan di Brunei.Selepas tragedi itu,pengunjung dibawah 14 tahun dilarang mendaki kerana kebanyakan mangsa yang terhempap batu dari Donkey Ear Peak ialah berasal dari Singapura dan mereka ialah kanak -kanak yang menjalani lawatan sambil belajar ke sana.[6] Lokasinya di 6.1 Utara 116.6 Timur. Gempa susulan yang lemah berlaku 47 kali sekitar 2.2 hingga 3.3.[7]

Mangsa Tragedi Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu 
Pasukan Penyelamat sedang membantu mengeluarkan mangsa tragedi Gunung Kinabalu
Helipkopter yang membawa pulang mangsa Tragedi Gunung Kinabalu